Tuesday, August 11, 2009

Jangan lupa TUTUP aorat


Salam wbt.…

Jumpa lagi dalam keluaran sya’ban dari akak untuk kalian… Sya’ban terus mengorak langkah tanpa menghiraukan manusia yang lemas dengan pembawakan arus pemodenan dunia yang kusut dan merobohkan akhlak yang terbina sekian lama… Ogos juga benci untuk menunggu kerna geram dengan maksiat-maksiat yang diagungkan barat dan kini di Malaysia sendiri. Bukan ini yang ingin dibicarakan…ayuhlah ke isi penulisan ini.

~KEINDAHAN WANITA~

Sebelum itu, akak sertakan dahulu sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

‘TIGA GOLONGAN TIDAK AKAN MASUK SYURGA SELAMA-LAMANYA:

LELAKI DAYUS,
LELAKI YANG MENYERUPAI WANITA DAN SEBALIKNYA
PEMINUM ARAK’

Inilah keadaan kita hari ini dan yang akan datang amat mengancam dan mencabar kita. Tapi sebenarnya bukan orang lain yang patut dipersalahkan sesungguhnya ketika bergaul dengan orang-orang asing mereka tidak meletakkan syarat supaya meninggalkan sebahagian dasar agama kita atau menyimpang dari kehendak agama, tetapi ianya dengan kelonggaran yang diberikan oleh kaum lelaki kepada wanita dan isteri mereka untuk keluar dan memenuhi tempat-tempat perhimpunan, pusat-pusat hiburan sehingga berlaku kepincangan.

Di sini kita tidak menuntut sesuatu melainkan pelaksanaan kepada ibadat berikut iaitu hijab adalah satu dasar daripada dasar-dasar adab kesopanan maka hendaklah WANITA sentiasa berpegang dengannya tetapi pelaksanaannya mestilah mengikut apa yang telah digariskan oleh syarak. Dan sebagaimana yang kita tahu, syarak telah menentukan bahawa hijab adalah wajib dan disuruh oleh agama. Dan cukuplah kebanggaan bagi wanita seperti disifatkan oleh Allah Taala dalam firmannya bermaksud:

‘BIDADARI-BIDADARI YANG JELITA DAN PUTIH BERSIH DI DALAM KHEMAH-KHEMAH (RUMAH)’
(Surah ar-Rahman: 72)

Tutupan yang sempurna (hijab) dan tingkah laku yang baik di mana wanita itu sentiasa berada di rumah dan tidak bertabarruj ibarat sekeping hati dalam jasad seseorang yang ditutupi oleh halangan-halangan masuk bagi mempertahankannya daripada anasir-anasir luar, namun tutupan tersebut tidak langsung menghalangnya dalam menunaikan peranannya yang penting kepada seluruh badan dan dia merupakan asas kehidupan dan mengatur pergerakan seluruh anggotanya. Dan memanglah sangat wanita memahamkan diri masing-masing tentang maksud jilbab yang sebenarnya, jika tidak maka permasalahan ini akan terus berlaku dan merebak juga menjadi virus yang bakal merosakkan dan menjahanamkan nama baik wanita berjilbab.

p/s: teringat satu hadith yang akak baca sewaktu di surau bersama dengan seorang adik junior, nini… dan ingin berpesan kepada antum, hadith soheh ini berbunyi:

sabda rasulullah saw, ‘tidak diterima solat seseorang yang tidak menutup kepala’
yang maksudnya: Allah tidak menerima solat seseorang yang tidak menutup kepala atau ternampak helaian rambutnya atau auratnya sewaktu solatnya.

wallahu a’lam

wasalam wbt

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BERSAMA UNTUK SEMUA

" ORANG BERAKAL IALAH MEREKA YANG MANA AKALNYA MAMPU MENGAWASI DIRINYA DARIPADA SEGALA KEJAHATAN "

~ IMAM AL-SYAFIE ~