Tuesday, September 29, 2009

SAKSIKAN TEMAN




 Saksikan temanku,
Aku lapangkan waktuku,
Supaya aku bisa punya masa untuk berbicara denganmu,
Agar kita tidak lupa akan ingatan dahulu,
Kerna kita tidak pernah bergelut dalam apa jua perbincangan,
Kerna kita sentiasa sehati dan sejiwa selalu.

Saksikanlah wahai temanku,
Akan kau lihat dihujung waktuku,
Telahku bina tugu dalam hatiku buatmu,
Agar kau menjadi penghuni tetapku,
Kerna dahulu kau selalu menjadi teman bicaraku,

Tapi kini semuanya udah berlalu,
Kau sudah tidak seperti dulu,
Ya…..kau katakana padaku,
sudah berubah waktu,
perubahan manusia pasti berlaku,
ya…. Aku akur dengan katamu,
tetapi aku masih seperti dulu,
mungkin kau sahaja yang berubah tingkah laku.

Saksikan temanku,
Betapa aku bingung memikirkan kamu,
Yang dahulu begitu hebat dengan dakwahmu,
Yang dahulu mantop dengan tarbiyahmu,
Mengapa kini kau berubah dek waktu,
Aku inginkan kau kembali seperti dulu,
Yang sentiasa jaguh dalam perjuangan islammu,
Yang sentiasa ulung dalam memartabatkan duniamu,
Yang sentiasa menjadi wira dan srikandi agung,
Kerna mahu Islam sentiasa gemilang di mata semua.

Saksikan temanku,
Jauhi maksiat itu,
Kerna ia akan sentiasa dekat untukmu,
Kerna ia syaitan yang sentiasa membelenggu jiwamu,
Yang tidak pernah kenal erti jemu,
Mengajakmu melangkah mendekati lembah hina,

Jauhi zina itu ya teman,
Mari jauhinya dengan sepenuh jiwa,
Agar kita tidak cenderung ke arah itu.
Allah hu akbar, selamatkan aku dan temanku,
Dari segala maksiat jiwa, dunia fana ini Ya Tuhanku.


~untuk semua~ 

Thursday, September 10, 2009

Mencari Lailatulqadar


Assalamualaikum buat pembaca setia hidayatul munawwirah..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..rasanya sudah terlalu lama kami berdua tidak mengupdate blog ini..bukan tidak punya idea melakar sesuatu..kekadang terlalu banyak yang ingin ditulis namun masa kurang mengizinkan..(ya Allah..apakah ini alasan yang wajar untuk kuberi..)Tidak!!Ia tidak boleh dijadikan alasan sebenarnya..kerana Allah sudah memberi masa kepada kita cukup 24 jam..maka anggaplah sahaja ia adalah atas kelemahan diri kami sendiri yang lemah dan hina kerana tidak tahu membahagi masa..

Saudara-saudaraku..

Sedar tidak sedar kita kini sudah berada di 10malam terakhir..Subhanaallah..begitu cepat masa berlalu..apakah yang didamba 10malam terakhir di bulan Ramadhan ini??

ya..lailatul qadar..kita harus berusaha mencarinya..

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.


Maksudnya:

" Malam Lailatul  Qadar lebih baik daripada seribu malam "

sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "


Persoalannya..bilakah berlakunya malam lailatul qadar??

Kebanyakan pendapat menyatakan bahawa malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Keutamaan Lailatul Qadar adalah sangat besar kerana pada malam ini turunnya kitab suci al-Qur’an yang menjadi petunjuk bagi mereka yang berpegang dengannya. Sebagai Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya maka wajarlah untuk kita semua berlumba-lumba bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Firman Allah di dalam surah Al-Qadr: 97 :1-5
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

Selain itu, pada malam lailatul qadar ini juga dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ad-Dhukan yang bermaksud:44:3-6

“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Saudara-saudaraku,

Sebagai seorang hamba , kita seharusnya berusaha untuk menemui malam lailatul qadar ini..Sesungguhnya barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan baginya. Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi.

Selain itu kita juga disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,


“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) perginya lailatul qadar agar seorang muslim dapat mengetahuinya.


Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:


“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)


Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)


Saudara-saudaraku,

demikianlah serba sedikit pengisian tentang malam lailatul qadar..semoga sedikit input ini dapat membantu kita untuk sama-sama berusaha menemui malam lailatulqadar..andai kita tidak menemuinya sekalipun..cukuplah untuk kita berusaha menemuinya daripada kita tidak berusaha langsung untuk bertemu dengannya..semoga usaha kita ini diberkati Allah SWT..insyaallah..

PERINGATAN BERSAMA UNTUK SEMUA

" ORANG BERAKAL IALAH MEREKA YANG MANA AKALNYA MAMPU MENGAWASI DIRINYA DARIPADA SEGALA KEJAHATAN "

~ IMAM AL-SYAFIE ~