Thursday, November 19, 2009

Biar pun Ribuan Tulip menemani, namun tetap tak sama!

Assalamualaikum wbt.


Berakhir sudah semester 7 bagi kak moon dan kak umira... Masa memang sangat mencemburui... Kenangan di KUO sangat memberi dan mengubah sebuah kehidupan. Kehidupan yang kusut menjadi teratur, malas menjadi rajin, layu menjadi segar, pudar menjadi secerah pancaran, putus asa menjadi tabah. Allahu akbar... Kehidupan yang sangat didambakan oleh anak-anak sekolah, yakni masuk universiti. Namun, seikhlas manakah usaha kita untuk survive di kampus life ini ya? Melakukan setiap perkara itu dengan basmallah dan niatkan kerana Allah itulah yang lebih baik dah terbaik.

Saat manis bersama semua sahabat wa sahabiah, mahupun secara langsung atau tidak langsung, sangat memberi impak kepada kehidupan akan datang. Subhanallah, hebatkan kan penangan seorang sahabat wa sahabiah? Mampu memberi kesan mendalam kepada diri individu. bak kata pepatah, berkawan dengan penjual minyak wangi dapatlah tempias wangiannya dan begitulah sebaliknya kita.

Adik-adik RPA akak yang tak mungkin akak lupakan selamanya. terbanyak diruangan mata ketika menulis penulisan ini,wajah-wajah ceria adik-adik yang berminat untuk berkumpul bersama menjayakan matlamat ini. Sekalung ucapan terima kasih akak untuk adik-adik, sue, mu'izzah, intan, farhana, fardani, muliati, amirah, farizun, izati, ema, ayu dan faizah.(akak ingat sendiri nama2 kamu sambil akak tengah tgk gambar kamu masa jamuan kita hari tu- mu'izzah yang kasi) Syukran! Alhamdulillah, masih ada daya ingat lagi, doakan penyakit lupa itu terhindar.

Harapan akak untuk adik-adik RPA akak mahupun kak umira, semuga setiap pengisian dan perkongsian juga penyampaian maklumat dan ilmu ini bermanfaat kepada kalian. Setelah tahu apa yang tidak dituntut islam malah haram, maka cepat-cepatlah tinggalkan, kerana ajal itu menjemput tanpa kad undangan. Jangan biarkan hati dirasuki pemikiran syaitan sehingga menghalalkan apa yang haram.Muhasabahlah diri selalu semuga, keberkatan itu dikurniakan Allah dalam setiap langkah perbuatan kita, Allah hu rabbi.

Pesanan terakhir rasulullah:

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku

"pasakkan dalam diri, semuga pesanan ini bukan skadar tahu, tapi diamalkan'

Wallahu'alam


maassalamah, ilalliqa'


Wasalam wbt 




Tuesday, October 27, 2009

Kenanganku...Bersamamu..


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Alllah..Tuhan sekalian alam..dengan iziinnya jua..RPA iaitu Rakan Penggerak Ad-Deen UPSI dapat dilaksanakan bermula pada tahun ini..semoga dengan usaha ini maka kita dapat melahirkan bakal guru yang lebih baik pada masa-masa akan datang..kerana hanya dengan agama bisa membimbing dan memandu hidup seseorang..

Bersyukkurlah adik-adik semester satu..krn diberi kesempatan untuk mengikutinya..

Buat adik-adik halaqah kak umi yang dikasihi..jutaan terima kasih akan ucapkan pada adik-adik atas kerjasama yang telah adik-adik berikan sepanjang kita bersama..hanya Allah yang Maha Tahu betapa akak bersyukur kerana punya adik2 yang seharusnya akak jaga dan akak bimbing..

Adik-adik halaqah yang dikasihi,

Insyaallah..pada tahun depan..akak akan mula praktikal..maka akak tidak dapat meneruskan tanggungjawab akak kepada kalian untuk menghabiskan dua modul yang terakhir..walau bagaimanapun  besar harapan akak agar adik-adik akak dapat memberi komitmen yang baik kepada naqibah yang akak menggantikan akak nanti..

Pergunakanlah dan praktikkanlah segala ilmu yang akak sampaikan..ingat adik-adik..Ilmu tanpa amal adalah sia-sia adik-adik..

Akak tiada apa-apa untuk diberikan pada adik-adik..cuma apa yang akak ingin akak ingatkan ialah jagalah solat..solatlah dengan hati yang penuh kekhusyukkan mengadap Tuhan..jangan sesekali melaksanakan ibadah yang satu ini sekdar smbil lewa..tergesa-gesa atau sekadar melepas batuk ditangga..jangan solat seperti ayam mematuk padi..solatlah dengan hati yang sedar..dan sabar..Insyaallah adik-adik..andai adik2 dpat menjaga solat..maka terjagalah yang lainya..ajarlah diri untuk beradab mengahadap Tuhan..

Sekalipun nanti..akak tak bisa bersama kalian..akak sudah jauh dimata kalian..tapi,akak harap ukhwah ini akan tetap terjalin..jika adik-adik ada apa-apa yang ingin dikongsi atau ada sbrg permaslahan..akak harap..adik-adik akak tahu dimana bleh cari akak..jika adik terasa lemah..maka ingatlah dik..bahwa kita ada Allah..Dia Yang Maha Mengetahui..Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa..

Jagalah maruah dan harga diri kita sebagai seorang perempuan..jagalah juga akhlak dan peribadi diri kita..

Jagalah kesucian hati selagimana adik-adik mampu menjaganya...

Ingatlah Allah setiap saat..setiap detik..rasailah kehadiran Allah dlm setiap yang adik-adik lakikan..Ingat adik-adik..hidup kita bukan sekdar di dunia..tapi ada penghitunganyya di akhirat nanti..dan segalanya tidak akan terlepas dari pengetahuan Allah..Ada tanggungjawab yang terpikul di bahu kita.iaitu tanggungjawab sbgi khalifah Allah..islam itu syumul maka laksanakanlah ia secara menyeluruh dlm kehidupan adik-adik seharian..jadilah Al-Quran dan hadith isu sbgi pegangan..



Akhir kata dari akak..
Sematkanlah kenangan kita bersama di dalam hati adik-adik..bersamalah kita berdoa agar Allah menjaga ukhwah ini..





Saturday, October 3, 2009

Ombak Dosaku & Rahmat PantaiMU

Perjalan hati ini kian senak. Aku mengharap kekuatan dari dalam diri sendiri. Tidak boleh lagi mengharap pada

suasana dan sesiapa saja untuk kembali ke pangkal jalan. Aku hormati semua orang, tapi dalam hal ini mereka tidak
dapat membantu aku.

Akukah pesakit jiwa yang sedang parah dilanda kebimbangan dan kegoncangan pendirian? Akukah insan

lara mendamba duka yang datang semakin kencang bagai taufan melanda? Akukah penjahat yang telah hilang kasih

sayang dan kemesraan? Akukah insan merana yang telah jauh ditinggalkan kecintaan Tuhan?
Satu demi satu soalan itu datang mengganggu. Menggugat langkah hatiku yang kian penat. Menikam dan menghiris jiwa

yang kian jauh daripada ketenangan. Aku ingin segala-galanya seperti dulu. Ketika cinta dan kasih sayang semerbak harum

mendandan perhubungan. Cantik, wangi dan indah di mata. Tenang, lunak dan mesra di jiwa. Kini, panorama hidup yang
bersemadi padang hati kian ternoda oleh dosa. Hitam, kelam dipalit kemungkaran. Tidak ada lagi lagu suara syahdu yang datang
memujuk.

Semuanya seakan-akan jeritan maut yang mengganas dan buas.
Aku mengembara lagi bersama detik hati dan tarian jari. Biar airmata menjadi dakwat; kesedihan menjadi tinta.

Kulukiskan lagi potret duka. Biar senandung muram, suram dan kelam ini menjadi kabut yang menutup seluruh pandangan.

Inilah lagu penderitaan. Kesengsaraan jiwa yang kian parah. Gempa kehidupan yang meluruhkan segala cita-cita dan harapan.
Kulayan lagi dialog ini semau-maunya. Biar syaitan tahu tipuannya berjaya, namun aku tidak putus asa.

Ku harap
malaikat tidak jemu memberi dorongan dan amaran walau itu semua sering kuabaikan. Aku hanya insan kerdil di mayapada
yang luas ini. Hanya debu yang tidak bernilai dan berharga. Tidak cemar keagungan Allah kerana kederhakaanku.

Tidak terguris
sedikit pun kehebatanNya dengan keberanianku melanggar hukum-hakamNya. Kelalaian, kederhakaan dan kedegilanku hanya
akan memusnahkan diri sendiri. Oh! Malangnya.

Kuteruskan lagi gerak rasa di simpang siur ingatan yang pensaran. Biar diri bertempur dengan diri. Biar medan diri
kecamuk gempuran resah yang kian mengamuk. Aku tidak mampu lagi membiarkan keluh kesah ini tersumbat dan
terperangkap.

Apakah akhirnya turutan yang berulang-ulang dan meletihkan ini? Mana hilangnya pertimbangan akal dan ilmu?
Ke manakah melayangnya didikan dan kesedaran? Mana?
Aku seharusnya tidak bertanya lagi. Bukankah semuanya sudah sedia dan wujud. Telah dicari dan pernah dinikmati.

Sudah pernah dirasa dan dikecapi. Tetapi mengapa hilang lagi? Mengapa semuanya bagai bayang-bayang – dilihat ada
ditangkap hilang? Mengapa diturutkan lagi kesesatan dan kemungkaran? Janjiku dusta. Tekadku belot. Mengapa? Ah! Kenapa
kau bertanya lagi? Mengapa perlu ditanya “mengapa”? Semuanya datang menerkam dan mencengkam.

Aku bergerak lagi menyusuri galur-galur perasaan yang tertekan. Mencari sesuatu yang lebih pasti tetapi telah terjerumus
ke lubuk tipuan yang mengasyikkan. Apakah sudah buntu jalan mujahadah ini? Atau aku tidak layak lagi menjadi hamba Tuhan
yang inginkan kesenangan dan ketenangan? Aku hanya layak dihukum kerana kelalaian dan mungkir janji.

Rancanganku, rancangan jahat. Fikiranku dibaluti mungkar yang tambah tebal. Langkahku ke arah dosa. Inderaku
mengundang kelalaian. Bergetar jiwaku ditusk sembilu kecewa. Darahnya membuak membanjiri persada azam yang
melemaskan tekad.

Kecewakah aku? Tidak….Tidak…...Tidak!
Jadi, apakah cukup dengan “tidak”? Memadaikah dengan sesalan? Tenangkah hatimu Cuma bersedih dan merintih.

Bukankah itu alasan untuk kembali mengulangi dosa?Dosamu tidak akan bersih dengan taubat yang hambar. Mana seri kekuatan
kerja yang dibumbu oleh kesungguhan dan kegigihan? Mana kelembutan yang pernah kautanam dan telah pernah membuahkan
kemesraan? Semuanya kini telah terbakar meninggalkan peribadi yang kontang gersang daripada sifat-sifat yang terpuji.

Gempur tipuan syaitan terkutuk itu daripada sanubarimu. Hancurkan tembok nafsu yang menghalang. Bergerak dan
bertindaklah, lari dari bencana ini! Aku menangis ya Allah. Walaupun hatiku keras bagaikan batu. Jiwaku masih menagih
kasihMu.

Aku dahagakan hidayahMu. Sudah puas kucari jalan kembali. Malangnya, bila melangkah aku kalah. Aku ingin
kembali wahai Tuhan…kepada hamparan kasih dan cintaMu yang tidak bertepi. Agar di situ atau dalam langkah ku menujunya,
nyawaku dicabut. Ya Allah! Walau apa pun aku tetap yakin……..ombak dosaku tidak akan dapat menenggelamkan pantai
rahmatMu yang maha luas dan gunung pengampunanMu yang maha tinggi.

Tuesday, September 29, 2009

SAKSIKAN TEMAN




 Saksikan temanku,
Aku lapangkan waktuku,
Supaya aku bisa punya masa untuk berbicara denganmu,
Agar kita tidak lupa akan ingatan dahulu,
Kerna kita tidak pernah bergelut dalam apa jua perbincangan,
Kerna kita sentiasa sehati dan sejiwa selalu.

Saksikanlah wahai temanku,
Akan kau lihat dihujung waktuku,
Telahku bina tugu dalam hatiku buatmu,
Agar kau menjadi penghuni tetapku,
Kerna dahulu kau selalu menjadi teman bicaraku,

Tapi kini semuanya udah berlalu,
Kau sudah tidak seperti dulu,
Ya…..kau katakana padaku,
sudah berubah waktu,
perubahan manusia pasti berlaku,
ya…. Aku akur dengan katamu,
tetapi aku masih seperti dulu,
mungkin kau sahaja yang berubah tingkah laku.

Saksikan temanku,
Betapa aku bingung memikirkan kamu,
Yang dahulu begitu hebat dengan dakwahmu,
Yang dahulu mantop dengan tarbiyahmu,
Mengapa kini kau berubah dek waktu,
Aku inginkan kau kembali seperti dulu,
Yang sentiasa jaguh dalam perjuangan islammu,
Yang sentiasa ulung dalam memartabatkan duniamu,
Yang sentiasa menjadi wira dan srikandi agung,
Kerna mahu Islam sentiasa gemilang di mata semua.

Saksikan temanku,
Jauhi maksiat itu,
Kerna ia akan sentiasa dekat untukmu,
Kerna ia syaitan yang sentiasa membelenggu jiwamu,
Yang tidak pernah kenal erti jemu,
Mengajakmu melangkah mendekati lembah hina,

Jauhi zina itu ya teman,
Mari jauhinya dengan sepenuh jiwa,
Agar kita tidak cenderung ke arah itu.
Allah hu akbar, selamatkan aku dan temanku,
Dari segala maksiat jiwa, dunia fana ini Ya Tuhanku.


~untuk semua~ 

Thursday, September 10, 2009

Mencari Lailatulqadar


Assalamualaikum buat pembaca setia hidayatul munawwirah..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..rasanya sudah terlalu lama kami berdua tidak mengupdate blog ini..bukan tidak punya idea melakar sesuatu..kekadang terlalu banyak yang ingin ditulis namun masa kurang mengizinkan..(ya Allah..apakah ini alasan yang wajar untuk kuberi..)Tidak!!Ia tidak boleh dijadikan alasan sebenarnya..kerana Allah sudah memberi masa kepada kita cukup 24 jam..maka anggaplah sahaja ia adalah atas kelemahan diri kami sendiri yang lemah dan hina kerana tidak tahu membahagi masa..

Saudara-saudaraku..

Sedar tidak sedar kita kini sudah berada di 10malam terakhir..Subhanaallah..begitu cepat masa berlalu..apakah yang didamba 10malam terakhir di bulan Ramadhan ini??

ya..lailatul qadar..kita harus berusaha mencarinya..

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.


Maksudnya:

" Malam Lailatul  Qadar lebih baik daripada seribu malam "

sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "


Persoalannya..bilakah berlakunya malam lailatul qadar??

Kebanyakan pendapat menyatakan bahawa malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Keutamaan Lailatul Qadar adalah sangat besar kerana pada malam ini turunnya kitab suci al-Qur’an yang menjadi petunjuk bagi mereka yang berpegang dengannya. Sebagai Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya maka wajarlah untuk kita semua berlumba-lumba bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Firman Allah di dalam surah Al-Qadr: 97 :1-5
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

Selain itu, pada malam lailatul qadar ini juga dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ad-Dhukan yang bermaksud:44:3-6

“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Saudara-saudaraku,

Sebagai seorang hamba , kita seharusnya berusaha untuk menemui malam lailatul qadar ini..Sesungguhnya barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan baginya. Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi.

Selain itu kita juga disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,


“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) perginya lailatul qadar agar seorang muslim dapat mengetahuinya.


Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:


“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)


Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)


Saudara-saudaraku,

demikianlah serba sedikit pengisian tentang malam lailatul qadar..semoga sedikit input ini dapat membantu kita untuk sama-sama berusaha menemui malam lailatulqadar..andai kita tidak menemuinya sekalipun..cukuplah untuk kita berusaha menemuinya daripada kita tidak berusaha langsung untuk bertemu dengannya..semoga usaha kita ini diberkati Allah SWT..insyaallah..

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan kareem datang lagi.... ayuh raikan!


DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH


Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.


Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.


Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.


Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.


MORAL & IKTIBAR

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had

Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji

Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr

Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus

Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.

Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.

wallahu'alam,
wasalam

Tuesday, August 11, 2009

Jangan lupa TUTUP aorat


Salam wbt.…

Jumpa lagi dalam keluaran sya’ban dari akak untuk kalian… Sya’ban terus mengorak langkah tanpa menghiraukan manusia yang lemas dengan pembawakan arus pemodenan dunia yang kusut dan merobohkan akhlak yang terbina sekian lama… Ogos juga benci untuk menunggu kerna geram dengan maksiat-maksiat yang diagungkan barat dan kini di Malaysia sendiri. Bukan ini yang ingin dibicarakan…ayuhlah ke isi penulisan ini.

~KEINDAHAN WANITA~

Sebelum itu, akak sertakan dahulu sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

‘TIGA GOLONGAN TIDAK AKAN MASUK SYURGA SELAMA-LAMANYA:

LELAKI DAYUS,
LELAKI YANG MENYERUPAI WANITA DAN SEBALIKNYA
PEMINUM ARAK’

Inilah keadaan kita hari ini dan yang akan datang amat mengancam dan mencabar kita. Tapi sebenarnya bukan orang lain yang patut dipersalahkan sesungguhnya ketika bergaul dengan orang-orang asing mereka tidak meletakkan syarat supaya meninggalkan sebahagian dasar agama kita atau menyimpang dari kehendak agama, tetapi ianya dengan kelonggaran yang diberikan oleh kaum lelaki kepada wanita dan isteri mereka untuk keluar dan memenuhi tempat-tempat perhimpunan, pusat-pusat hiburan sehingga berlaku kepincangan.

Di sini kita tidak menuntut sesuatu melainkan pelaksanaan kepada ibadat berikut iaitu hijab adalah satu dasar daripada dasar-dasar adab kesopanan maka hendaklah WANITA sentiasa berpegang dengannya tetapi pelaksanaannya mestilah mengikut apa yang telah digariskan oleh syarak. Dan sebagaimana yang kita tahu, syarak telah menentukan bahawa hijab adalah wajib dan disuruh oleh agama. Dan cukuplah kebanggaan bagi wanita seperti disifatkan oleh Allah Taala dalam firmannya bermaksud:

‘BIDADARI-BIDADARI YANG JELITA DAN PUTIH BERSIH DI DALAM KHEMAH-KHEMAH (RUMAH)’
(Surah ar-Rahman: 72)

Tutupan yang sempurna (hijab) dan tingkah laku yang baik di mana wanita itu sentiasa berada di rumah dan tidak bertabarruj ibarat sekeping hati dalam jasad seseorang yang ditutupi oleh halangan-halangan masuk bagi mempertahankannya daripada anasir-anasir luar, namun tutupan tersebut tidak langsung menghalangnya dalam menunaikan peranannya yang penting kepada seluruh badan dan dia merupakan asas kehidupan dan mengatur pergerakan seluruh anggotanya. Dan memanglah sangat wanita memahamkan diri masing-masing tentang maksud jilbab yang sebenarnya, jika tidak maka permasalahan ini akan terus berlaku dan merebak juga menjadi virus yang bakal merosakkan dan menjahanamkan nama baik wanita berjilbab.

p/s: teringat satu hadith yang akak baca sewaktu di surau bersama dengan seorang adik junior, nini… dan ingin berpesan kepada antum, hadith soheh ini berbunyi:

sabda rasulullah saw, ‘tidak diterima solat seseorang yang tidak menutup kepala’
yang maksudnya: Allah tidak menerima solat seseorang yang tidak menutup kepala atau ternampak helaian rambutnya atau auratnya sewaktu solatnya.

wallahu a’lam

wasalam wbt

Monday, July 27, 2009

coba lihat siapa sahabat kamu?


PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka. Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

• Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

• Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

• Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

• Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

• Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

• Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

wallahu'alam bisowab...

p/s: berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan...insyaAllah.

wasalam wbt.

Thursday, July 23, 2009

Untuk Adik-Adik Tersayang..


aSSalamualaikum..untuk adik-adik halaqah kak umi..semoga adik-adik akak sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..

Adik-adik yang akak kasihi,

Dibawah ini akak sertakan tarikh untuk perjumpaan halaqah kita yang seterusnya..sebarang permasalahan.. adik-adik boleh beritahu akak..

Untuk 12orang adik-adik akak..

Nik Helwna atau nik,
Asma’
Amaliena
Syahirah
Tika
Rina
Wan
Aini
Su
Zafira
Nik Aziah
Maslina
Tarikh-tarikh untuk halaqah kita adalah seperti berikut :

1Ogos2009(Sabtu)
8Ogos2009(Sabtu)
28Ogos2009(Jumaat)
11September3009(Jumaat)
2Oktober2009(Jumaat)
16Oktober2009(Jumaat)

Insyaallah.. kita akan adakan disurau selepas solat Isyak iaitu bermula pukul 9.00malam..Sebarang perubahan tempat akan akak beritahu kemudian..

Adik-adik yang akak kasihi..cuti hujung minggu ni..akak takde..akak g field trip..peringatan untuk adik-adik akak..jaga diri adik -adik baik-baik..

setiap apa yang adik-adik lakukan..maka ingatlah Allah sentiasa..dalam kesibukan adik-adik menyiapkan assignment maka janganlah lupa untuk luangkan masa untuk kita mendekatkan diri kepada Al-Khaliq yang menciptakan kita..Sesungguhnya, hanya kerana dia kita hidup dan kita mati..

salam sayang dari akak,
-Kak umira-

pengumuman khusus untuk adik-adik halaqah kak mun

-

assalamualaikum wbt...

khusus buat adik-adik halaqah kak mun...

sama ada adik-adik sedar atau tidak sebenarnya antum sudah hampir 3 minggu berada di UPSI menjadi mahasiswi hebat dalam bidang masing-masing. Sekali lagi ahlan wa sahlan.

untuk pengetahuan adik adikku sayang, tarikh berikut sudah akak pilih untuk halaqah kita semester ini, insyaAllah kita akan ikut flow tarikh ini bagi group kak mun yerk.

ahli kita ada 12 orang iaitu:-

Fardani
muliati
izzati
kasmah
hazafizah
farhana
farizun
suhana
hasimah
amirah
faizah
rahayu

kita akan buat perjumpaan pada setiap hari sabtu, petang iaitu selepas asar. kita akan biasakan untuk membaca ma'thurat dan kemudian barulah kita mulakan halaqah kecil kita ini. tarikhnya seperti berikut:

1 ogos 09
8 ogos 09
29 ogos 09
12 sept 09
3 okt 09
17 okt 09

hanya ada sekitar 6 pertemuan sahaja untuk semester ini untuk kita menghabiskan silibus kita. Akak sangat mengharapkan komitmen adik-adik terutama kehadiran. Ingatlah adik-adikku, laluan ini pusat islam buka untuk pandu jalan hidup adik-adik di kampus yang segalanya melayang dalam dunia ciptaan sendiri ini.

hati-hati dalam memilih sahabat kerna jika bersahabat dengan si penjual minyak wangi kamu akan kena tempias wangiannya, dan jika bersahabat dengan si pengangkut najis, akan kamu kena tempias busuknya. begitulah analoginya kita dalam bersahabat.

semuga lembaran yang akak buka ini menjadi satu medan penyebaran maklumat berguna untuk adik-adik muslimah yang akak kasihi. Mulalah sesuatu yang baru itu dengan niat kerana Allah bukan kerna perkara lain, kerna kamu akan lihat akibatnya jika niat yang kamu mulakan bukan kerna Allah. Nauzubillah hi minzalik.

sekadar ini dahulu, ma'asalamah wa ilalliqa'

wallahualam bisowab,

wasalam wbt.

Monday, July 20, 2009

WANITA AHLI NERAKA??


WANITA AHLI NERAKA

Wanita, awasilah dari berlakunya perkara ini kepada diri anda..


- Ali R.A meriwayatkan yang bermaksud:


“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan kami temui baginda sedag menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah SAW ?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Israk dan dimi’rajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “wahai Rasulullah SAW, apakah yang tuan lihat?” Dan sambut Fatimah “wahai ayah-ku, apakah sebab-sebab mereka disiksa begitu?” Maka Rasulullah SAW pun menjawab :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan kepala otaknya mendidih, ia disebabkan dia tidak menjaga rambutnya(tidak bertudung) di hadapan lelaki.


2. Wanita yang digantung dengan lidahya serta tangan-nya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya, ia disebabkan menyakiti hati suaminyadengan kata-kata. Dan Rasulullah Saw pernah bersabda “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengingkatnya di belakang leherya.”


3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya, ia disebabkan dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangan-nya kearah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking, ia disebabkan dia keluar rumah tanpa izi suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.


5. Wanita yang memakan badanya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-yala dengan hebatnya, ia disebabkan dia suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


6. Wanita yang memotong badanya sendir dengan gunting api neraka, ia disebabkan dia suka menojolkan diri(ingin terkenal) dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasanya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasanya.


7. Wanita yag bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri, ia disebabkan dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat seta tidak mahu mandi wajib.


8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badanya(hidug-telinga-mulut) dan badanya membusuk akibat kulit dan lepra, ia disebabkan dia suka mengadu domba serta berdusta.


9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan, ia disebabkan dia suka memfitnah dan suka marah-marah pada suaminya.
ya ALLAH..lindungi kami dari tergolong dalam golongan wanita yang masuk ke neraka..bantulah kami ya Allah..agar kami bisa meraih syurgaMu..
ma'assalamah, wa ilalliqa'
wallahu'alam

Friday, July 10, 2009

12 adab halaqah

Sebelum melangkah kaki ke halaqah, pastikan berwuduk terlebih dahulu.

1. Meminta keizinan
- meminta keizinan sebelum masuk ke bilik.



2. Mengucap salam
- mengucap salam kepada saudara-saudaranya, elok juga berjabat tangan (salam semut)



3. Adab majlis
- duduk di tempat yg disediakan, jangan mencelah antara dua orang melainkan setelah mendapat keizinan
- menyediakan buku nota dan bahan-bahan rujukan lain yang diperlukan



4. Adab menghormati waktu
- datang tepat pada waktu yang telah ditetapkan
- sedaya upaya mematuhi had masa yang ditetapkan bagi setiap pengisian



5. Adab bercakap dan mendengar
- bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah difahami
- mempermudah bahasa dan jangan meninggi-ninggikan pengetahuan terhadap saudaranya
- memilih kata-kata yang baik
- hendaklah mendengar ucapan saudaranya dan jangan mencelah ucapannya hingga beliau selesai
- mendengar dengan khusyuk walaupun terhadap perkara-perkara yang sudah diketahui


6. Adab berbincang
- berbincang dalam suasana tenang dan merendahkan suara
- meletakkan matlamat perbincangan adalah untuk mencari kebenaran

7. Adab bergurau
- apabila berlaku perkara lucu atau senda gurau, hendaklah ketawa sekadar tersenyum tanpa suara
- dilarang bersenda gurau melampaui batas-batas syarak


8. Adab membaca Al-Quran
- membaca Quran dengan berwudhu
- jika yang membaca ramai tidak mengapa bergilir-gilir; orang yang kedua menyambung bacaan orang yang pertama
- membaca Quran dengan tenang dan khusyuk; jangan dibiarkan tangan bermain-main dan mukanya berpaling tanpa keperluan
- mendengar bacaan Quran mengarahkan pancaindera pendengaran kepada bacaan ;dan berdiam diri, diam untuk mendengar dengan tidak diganggui daripada memahami bacaan


9. Adab-adab makan
- menghadap makanan dengan niat supaya dapat membantunya menunaikan hak-hak Allah
- membasuh tangan sebelum menikmati makanan
- membaca doa makan
- membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan
- bersederhana dalam makan
- tinggalkan makanan yang tidak disukai tanpa disebut keburukannya
- sunat mengecilkan suapan, mengunyahnya dengan baik dan makan makanan yang paling hampir dengannya
- selesai makan, hendaklah membaca doa
- membasuh tangan setelah selesai makan


10. Adab-adab tidur
- tidur awal malam; kerana ia membantu bangun dalam keadaan cergas untuk melakukan qiamullail dan solat Subuh
- memilih tempat yang luas hingga dia dapat tidur dengan selesa jauh dari saudaranya dengan menggunakan selimut sendiri
- disunatkan berwudhu’ sebelum tidur kemudian dikibaskan kainnya dan tempat tidurnya dan tidur di atas pinggang kanannya kemudian berdoa dengan doa tidur yang sabit dari Rasulullah SAW
- makruh tidur meniarap kerana ia dibenci Allah
- bangun tidur kemudian berdoa dengan doa bagun tidur


11. Adab-adab qiamullail
- tidur awal malam, mengurangkan makan supaya tidak merasa malas dan juga berniat sebelum tidur untuk bangun qiamullail
- membasuh muka dan bersugi selepas terjaga dari tidur
- mulakan qiam dengan solat sunat 2 rakaat yang ringkas
- jangan tunaikan solat dalam keadaan memaksa sedang dia penat dan mengantuk
- disunatkan bangun pada sepertiga akhir malam, harus dilakukan pada pertengahan atau akhirnya selagi selepas solat Isya’


12. Penutup majlis
- tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr


p/s: semuga halaqah yang dijalankan berbuahkan iman yang mantop, paling tidak ikatannya sudah kukuh....


ma'assalamah, wa ilalliqa'


wallahu'alam

Friday, June 26, 2009

Ahlan WaSahlan....




Assalamualaikum wrth brth...






Ahlan WaSahlan kami ucapkan kepada bakal-bakal pendidik yang baru melangkah ke alam baru yang lebih mencabar dan mendewasakan antunna... InsyaAllah. Tertegaknya blog ini bukanlah sekadar memenuhi ruang-ruang kosong dalam dunia blogger malah lebih dahsyat dari itu, yakni untuk sama-sama kita memantapkan lagi tarbiyah yang semakin lama semakin luntur walaupun masih ada sisa-sisanya, namun jika tidak digilap kembali dan di suburkan dengan baja ilmu pastinya benih yang disemai akan kekal menjadi benih sahajalah. Adapun jika benih itu tumbuh, ianya mungkin seketika cuma dan akhirnya layu dan penyudahnya mati. Hati yang mati tidak akan mampu menerima tarbiyah dengan baik, malah mungkin menolak tarbiyah tersebut.










'Hati Yang Bersih Ibarat Nur Yang Memancar, dimiliki Oleh Insan Yang Benar-benar Meletakkan Allah dihadapan, Malaikat di kiri Kanan dan Matlamat Islam disekelilingnya, Hati Yang Paling Allah Kasihi Ialah Hati Yang Paling Lembut Terhadap Saudaranya, Paling Bersih dalam Keyakinannya dan Paling Cekal dalam Beragama....' dari Saidina 'Ali r.a.

Pun begitu, kelayakan akademik bukanlah ciri utama kecemerlangan seorang pendidik itu semata-mata, sebaliknya yang diutamakan adalah kecemerlangan dalam membentuk diri menjadi hamba Allah yang hebat dari segala aspek terutama dalam menuju ke alam baqa'( kekal). Ilmu yang bermanfaat mampu merubah seseorang yang jahil kepada a'lim, hina dipandang mulia sesuai dengan firman Allah yang bermaksud :


''Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan''.(al-Mujadalah : 11)



Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya ilmu yang bermanfaat sehingga Allah mengangkat darjat mereka yang berilmu, subhanallah... jadi ayuh bersamalah kita membekalkan hati kita dengan ma'rifatulah (mengenal Allah) terutama adik-adik baru ambilan Julai 09/10 yang masih mencari hala tuju diri menuju mardhotillah (redha Allah).



'Hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang'....Pesan Rasulullah s.a.w., supaya kita sentisa berpegang kepada Al-Quran dan Sunnahnya.



ma'assalamah, wa ilalliqa'





wallahu'alam









PERINGATAN BERSAMA UNTUK SEMUA

" ORANG BERAKAL IALAH MEREKA YANG MANA AKALNYA MAMPU MENGAWASI DIRINYA DARIPADA SEGALA KEJAHATAN "

~ IMAM AL-SYAFIE ~