Monday, July 27, 2009

coba lihat siapa sahabat kamu?


PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka. Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:

• Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.

• Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.

• Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.

• Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)

• Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.

• Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

wallahu'alam bisowab...

p/s: berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan...insyaAllah.

wasalam wbt.

Thursday, July 23, 2009

Untuk Adik-Adik Tersayang..


aSSalamualaikum..untuk adik-adik halaqah kak umi..semoga adik-adik akak sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..

Adik-adik yang akak kasihi,

Dibawah ini akak sertakan tarikh untuk perjumpaan halaqah kita yang seterusnya..sebarang permasalahan.. adik-adik boleh beritahu akak..

Untuk 12orang adik-adik akak..

Nik Helwna atau nik,
Asma’
Amaliena
Syahirah
Tika
Rina
Wan
Aini
Su
Zafira
Nik Aziah
Maslina
Tarikh-tarikh untuk halaqah kita adalah seperti berikut :

1Ogos2009(Sabtu)
8Ogos2009(Sabtu)
28Ogos2009(Jumaat)
11September3009(Jumaat)
2Oktober2009(Jumaat)
16Oktober2009(Jumaat)

Insyaallah.. kita akan adakan disurau selepas solat Isyak iaitu bermula pukul 9.00malam..Sebarang perubahan tempat akan akak beritahu kemudian..

Adik-adik yang akak kasihi..cuti hujung minggu ni..akak takde..akak g field trip..peringatan untuk adik-adik akak..jaga diri adik -adik baik-baik..

setiap apa yang adik-adik lakukan..maka ingatlah Allah sentiasa..dalam kesibukan adik-adik menyiapkan assignment maka janganlah lupa untuk luangkan masa untuk kita mendekatkan diri kepada Al-Khaliq yang menciptakan kita..Sesungguhnya, hanya kerana dia kita hidup dan kita mati..

salam sayang dari akak,
-Kak umira-

pengumuman khusus untuk adik-adik halaqah kak mun

-

assalamualaikum wbt...

khusus buat adik-adik halaqah kak mun...

sama ada adik-adik sedar atau tidak sebenarnya antum sudah hampir 3 minggu berada di UPSI menjadi mahasiswi hebat dalam bidang masing-masing. Sekali lagi ahlan wa sahlan.

untuk pengetahuan adik adikku sayang, tarikh berikut sudah akak pilih untuk halaqah kita semester ini, insyaAllah kita akan ikut flow tarikh ini bagi group kak mun yerk.

ahli kita ada 12 orang iaitu:-

Fardani
muliati
izzati
kasmah
hazafizah
farhana
farizun
suhana
hasimah
amirah
faizah
rahayu

kita akan buat perjumpaan pada setiap hari sabtu, petang iaitu selepas asar. kita akan biasakan untuk membaca ma'thurat dan kemudian barulah kita mulakan halaqah kecil kita ini. tarikhnya seperti berikut:

1 ogos 09
8 ogos 09
29 ogos 09
12 sept 09
3 okt 09
17 okt 09

hanya ada sekitar 6 pertemuan sahaja untuk semester ini untuk kita menghabiskan silibus kita. Akak sangat mengharapkan komitmen adik-adik terutama kehadiran. Ingatlah adik-adikku, laluan ini pusat islam buka untuk pandu jalan hidup adik-adik di kampus yang segalanya melayang dalam dunia ciptaan sendiri ini.

hati-hati dalam memilih sahabat kerna jika bersahabat dengan si penjual minyak wangi kamu akan kena tempias wangiannya, dan jika bersahabat dengan si pengangkut najis, akan kamu kena tempias busuknya. begitulah analoginya kita dalam bersahabat.

semuga lembaran yang akak buka ini menjadi satu medan penyebaran maklumat berguna untuk adik-adik muslimah yang akak kasihi. Mulalah sesuatu yang baru itu dengan niat kerana Allah bukan kerna perkara lain, kerna kamu akan lihat akibatnya jika niat yang kamu mulakan bukan kerna Allah. Nauzubillah hi minzalik.

sekadar ini dahulu, ma'asalamah wa ilalliqa'

wallahualam bisowab,

wasalam wbt.

Monday, July 20, 2009

WANITA AHLI NERAKA??


WANITA AHLI NERAKA

Wanita, awasilah dari berlakunya perkara ini kepada diri anda..


- Ali R.A meriwayatkan yang bermaksud:


“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan kami temui baginda sedag menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah SAW ?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Israk dan dimi’rajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “wahai Rasulullah SAW, apakah yang tuan lihat?” Dan sambut Fatimah “wahai ayah-ku, apakah sebab-sebab mereka disiksa begitu?” Maka Rasulullah SAW pun menjawab :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan kepala otaknya mendidih, ia disebabkan dia tidak menjaga rambutnya(tidak bertudung) di hadapan lelaki.


2. Wanita yang digantung dengan lidahya serta tangan-nya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya, ia disebabkan menyakiti hati suaminyadengan kata-kata. Dan Rasulullah Saw pernah bersabda “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengingkatnya di belakang leherya.”


3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya, ia disebabkan dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangan-nya kearah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking, ia disebabkan dia keluar rumah tanpa izi suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.


5. Wanita yang memakan badanya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-yala dengan hebatnya, ia disebabkan dia suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


6. Wanita yang memotong badanya sendir dengan gunting api neraka, ia disebabkan dia suka menojolkan diri(ingin terkenal) dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasanya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasanya.


7. Wanita yag bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri, ia disebabkan dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat seta tidak mahu mandi wajib.


8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badanya(hidug-telinga-mulut) dan badanya membusuk akibat kulit dan lepra, ia disebabkan dia suka mengadu domba serta berdusta.


9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan, ia disebabkan dia suka memfitnah dan suka marah-marah pada suaminya.
ya ALLAH..lindungi kami dari tergolong dalam golongan wanita yang masuk ke neraka..bantulah kami ya Allah..agar kami bisa meraih syurgaMu..
ma'assalamah, wa ilalliqa'
wallahu'alam

Friday, July 10, 2009

12 adab halaqah

Sebelum melangkah kaki ke halaqah, pastikan berwuduk terlebih dahulu.

1. Meminta keizinan
- meminta keizinan sebelum masuk ke bilik.



2. Mengucap salam
- mengucap salam kepada saudara-saudaranya, elok juga berjabat tangan (salam semut)



3. Adab majlis
- duduk di tempat yg disediakan, jangan mencelah antara dua orang melainkan setelah mendapat keizinan
- menyediakan buku nota dan bahan-bahan rujukan lain yang diperlukan



4. Adab menghormati waktu
- datang tepat pada waktu yang telah ditetapkan
- sedaya upaya mematuhi had masa yang ditetapkan bagi setiap pengisian



5. Adab bercakap dan mendengar
- bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah difahami
- mempermudah bahasa dan jangan meninggi-ninggikan pengetahuan terhadap saudaranya
- memilih kata-kata yang baik
- hendaklah mendengar ucapan saudaranya dan jangan mencelah ucapannya hingga beliau selesai
- mendengar dengan khusyuk walaupun terhadap perkara-perkara yang sudah diketahui


6. Adab berbincang
- berbincang dalam suasana tenang dan merendahkan suara
- meletakkan matlamat perbincangan adalah untuk mencari kebenaran

7. Adab bergurau
- apabila berlaku perkara lucu atau senda gurau, hendaklah ketawa sekadar tersenyum tanpa suara
- dilarang bersenda gurau melampaui batas-batas syarak


8. Adab membaca Al-Quran
- membaca Quran dengan berwudhu
- jika yang membaca ramai tidak mengapa bergilir-gilir; orang yang kedua menyambung bacaan orang yang pertama
- membaca Quran dengan tenang dan khusyuk; jangan dibiarkan tangan bermain-main dan mukanya berpaling tanpa keperluan
- mendengar bacaan Quran mengarahkan pancaindera pendengaran kepada bacaan ;dan berdiam diri, diam untuk mendengar dengan tidak diganggui daripada memahami bacaan


9. Adab-adab makan
- menghadap makanan dengan niat supaya dapat membantunya menunaikan hak-hak Allah
- membasuh tangan sebelum menikmati makanan
- membaca doa makan
- membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan
- bersederhana dalam makan
- tinggalkan makanan yang tidak disukai tanpa disebut keburukannya
- sunat mengecilkan suapan, mengunyahnya dengan baik dan makan makanan yang paling hampir dengannya
- selesai makan, hendaklah membaca doa
- membasuh tangan setelah selesai makan


10. Adab-adab tidur
- tidur awal malam; kerana ia membantu bangun dalam keadaan cergas untuk melakukan qiamullail dan solat Subuh
- memilih tempat yang luas hingga dia dapat tidur dengan selesa jauh dari saudaranya dengan menggunakan selimut sendiri
- disunatkan berwudhu’ sebelum tidur kemudian dikibaskan kainnya dan tempat tidurnya dan tidur di atas pinggang kanannya kemudian berdoa dengan doa tidur yang sabit dari Rasulullah SAW
- makruh tidur meniarap kerana ia dibenci Allah
- bangun tidur kemudian berdoa dengan doa bagun tidur


11. Adab-adab qiamullail
- tidur awal malam, mengurangkan makan supaya tidak merasa malas dan juga berniat sebelum tidur untuk bangun qiamullail
- membasuh muka dan bersugi selepas terjaga dari tidur
- mulakan qiam dengan solat sunat 2 rakaat yang ringkas
- jangan tunaikan solat dalam keadaan memaksa sedang dia penat dan mengantuk
- disunatkan bangun pada sepertiga akhir malam, harus dilakukan pada pertengahan atau akhirnya selagi selepas solat Isya’


12. Penutup majlis
- tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr


p/s: semuga halaqah yang dijalankan berbuahkan iman yang mantop, paling tidak ikatannya sudah kukuh....


ma'assalamah, wa ilalliqa'


wallahu'alam

PERINGATAN BERSAMA UNTUK SEMUA

" ORANG BERAKAL IALAH MEREKA YANG MANA AKALNYA MAMPU MENGAWASI DIRINYA DARIPADA SEGALA KEJAHATAN "

~ IMAM AL-SYAFIE ~