Assalamualaikum wbt...
Subhanallah, masih diberi nafas bernyawa dibumi Allah, Alhamdulillah!
Ramadhan bakal kembali sedikit waktu sahaja lagi... Bagaimana persiapan menyambut Ramadhan? Besar-besaran atau kecil-kecilan? biarpun besar mahupun kecilan, yang pastinya sambutannya bukanlah seperti sambutan perayaan jahiliah moden zaman la ni... sambutannya wajar saja diadakan dengan cara yang lebih islami dan dituntut...
Bagaimana?
Jom la latih diri puasa sunat, mudah-mudahan bila waktu Ramadhan nanti, tak derlah sistem badan down... wayar2 dalam saluran darah pun tak derlah kejang semacam jer dapat kejutan...
perlu ke countdown? kalau nak buat juga buat jer la sendirian berhad kat dalam rumah tu yer... tak der salahnya...
Sekarang semua kita dah kerja... Inilah Ramadhan kali pertama yang kita tidak merasa berada di kolej. Ya Allah, Dia saja yang tahu betapa rindunya untuk merasa lagi sambut Ramadhan di KUO... bangun sahur, bersahur kat surau... ke kuliah, beratur letihnye tunggu bas nak ke kelas, sampai kat kampus tiba-tiba tersedar yang kad matrik tertinggal pula, terus naik bas balik semula ke kolej, TU, TS, BC Malim sarjana, semualah, rindunya saat itu kembali...
Tapi, semuanya dah berlalu, tak dapat nak lihat suasana pasar malam KUO sepanjang Ramadhan lagi.. tadarus di surau assalikin... jemaah terawih sama-sama... Allah hu Akbar...
Namun, sahabat, biar dimana berada Ramadhan tetap akan diharungi dengan gembira... sebab kita masih terpilih untuk merasai Ramadhan kali ini... Ayuhlah, semarakkan Ramadhan kita... Biar membara dihati kita dan bersama-samalah kita meningkatkan lagi amalan ibadah di bulan ini.
Ni ada saya sediakan satu petikan ringkas tazkirah sempena Ramadhan kali ni...
Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir.
Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata “amin” dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.”
Apabila beliau turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”
Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.”
[Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]
Pengajaran yang diperoleh daripada hadis ini:*
1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya:
“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]
Berkata At-Tibi : “Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang tertipu, tetapi sebenarnya ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menhalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa lalu menerangkan keampunan Allah dan mendatangkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat” [Tuhfatul Ahwazi, 7/193] [1]
2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56]
Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]
Antara dalil-dalil lain yang berkaitan dengan keutamaan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW:[3]
Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )
Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat. Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita. Firman Allah SWT;


“Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan “ah!” kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil” . [al-Isra`: 23-24]
sumber: http://muhammadghazi.wordpress.com/2009/06/23/tazkirah-ringkas-menjelang-ramadhan-yang-dirindui/
ugg boots on sale 70% off
ReplyDeletefitflops sale clearance
michael kors discount handbags
ralph lauren factory store
coach handbags outlet
canada goose outlet sale
rolex watches for sale
north face jackets clearance
new balance outlet store
burberry outlet
michael kors outlet
under armour clearance
abercrombie and fitch outlet online
north face denali jacket
fitflop outlet
coach outlet online
kids jordans
mbt outlet
canada goose jacket outlet
michael kors outlet
michael kors outlet store
new jordans
polo factory store
coach outlet store online clearances
mont blanc pen
nike outlet store online
fendi shoes
clarks shoes outlet
timberland outlet
michael kors outlet 75% off
cheap nike shoes
coach factory outlet online
cheap purses michael kors
air jordan 11 legend blue
north face jacket
kobe bryant shoes
abercrombie and fitch outlet
kobe bryant shoes 2015
jordan 12
nike air max shoes
air jordan 13
clark shoes outlet
canada goose outlet
gucci handbags
20151019yxj-1
mont blanc pens sale
ReplyDeleteair max 2015
ferragamo outlet
ugg boots sale
gucci bags
fitflop shoes clearance
north face coat
ralph lauren polo shirts
michael kors handbags
louboutin outlet
coach handbags
north face outlet 70% off
nike heels
coach purses
prada sneakers
coach factory online sale
cheap vans
coach tote
jordans for girls
fitflops sandals for women
retro jordans
michael kors outlet online
canada goose jackets
coach purses outlet online
marc jacobs handbags
michael kors watches discount outlet
ralph lauren clearance
reebok pumps for sale
polo shirts for men
canada goose outlet
jordan 6
kate spade handbags
air jordan 11
nike outlet online
ralph lauren polo outlet online
lebron james shoes
cheap canada goose jackets
wholesale jordans
hermes scarf
clearance nike
fitflop outlet
cheap kd shoes
michael kors handbags sale
hermes outlet
20151019yxj-2